Monday, March 25, 2013

♥♥Cara Merawat Luka berkaitan Hati♥♥



Assalamualikum dan selamat pagi semua...

"Sesungguhnya yang INDAH itu PERTEMUAN,Yg MANIS itu KEMESRAAN, Yg PAHIT itu PERPISAHAN dan Yg Tinggal hanyalah KENANGAN"


 Alhmdulilah hari nieh dapatlah kita bernafas dengan baiknya...ermmmm embun pagi amatlah menyegarkan..huhuhuh..Sepanjang perjalanan kehidupan banyak yang kita lalui bukan, tak kesahlah ia mengembirakan atau menyakitkan..thing positif..sentiasa berfikiran positif dengan apa yang terjadi..setiap yang terjadi adalah rahasia  Allah...kita hanya mampu merancang je...hihihihi aku gembira dengn hidup aku sekrang..jauh lebih baik dari yang sebelumnya..Dunia belum berakhir lagi bagi yang sedang putus cinta...Malah dunia hampir bermula kerna disitu perjalanan hidup kita akan menjadi lebih kuat dari apa yang kita tak jangka....Nih berdasarkan pengalamnan aku sendiri..cewahhh..

  Luka pernah ker manusia hidup tanpa perasaan terlukan...
*Tidak..tiada manusia yang tak terluka meskipun hal yang berkaitan dengan cinta sekalipun.. Tapi perlulah berfikiran positif dan selalu tersenyum biar mcm mana hampa dan terluka pun Insyallah akan jadi penawar tau...

*Sesungguhnya perasaan yang kecewa tu lah yang menjadikan kita lebih dekat dgn Allah swt..nak tau kenapa..sebab dia tak pernah tingglkan kita sendirian sedih menghadapi masalah..Malah dia jadikan kita semakin kuat..Setiap kali menghadap pada Dia Allah menangis meratap kita akan rasa ketenangan yang amat sangat...bila kita bnyak berzikir itu menjadikanya sebagai sumber kekuatan aku...itu berdasarkan pengalaman aku ler..

*Kadang-kadang rasa lebih baik kecewa dari gembira..kerna gembira kita lupa sentiasa..jadi aku tak nak lagi fikir tentg sesiapa pun apalagi tentg dia..Aku dah buang semua tentg dia...Jauh2 dlm hidup aku...go away from my life ....aku fikir hanya keluarga aku...cukuplah aku dapat rasa semua nieh...aku dh tak nak lagi dh..serik..serik...Biarlah Allah temukan aku jodoh dengan lelaki yang lebih baik lagi..Yg mampu membimbing aku dan mampu jadi imam kepada perempuan yang mcm aku nih..keras hati dan keras kepala...huhuhuh Insyallah lepas kejdian nieh aku berusaha berubah menjdi lebih baik utk hidup aku...aku nak jadi terbaik dalam hidup aku baru nak jadi yang terbaik utk orng lain..Dia bukan tak baik..cuma aku jew yang selalu wat hal..manusia dh hilang baru nak hargai mmg tak lah der...padan lah muka aku..huhuhu

*Selalu doakan kebahagian mereka..Itu jew yang setiap kali aku dengar cerita tntg mereka..sejahat-jahat aku pun masih ada perasaan terluka jugak kn..Tapi aku amik tak endah jew,Mls nak fikir kan..sebab klu kita terlalu amk berat pun hati kita akan semakin berat..Jadi biarkanlah semua dan lepaskan semua berlalu dengan tenang..Mendoakan orng adalah salah satu cara mendapat pahala dengan cara yang mudah..

*Memaafkan segala kesalahan yang ada..Itu salah cara untuk hati senang dan tenang..setiap manusia ada kekurgan masing-masing kan..

*Anggap masalah itu sebagai ujian dan mencari point utk dapat pahala..sebab apa??? klu kita fikir masalah itu beban..mmg akan semakin terbeban..Jadi "Redha" adalah cara paling mujarab..huhu ikhlas dengan apa yang berlaku dan jadikanya sebagai iktibar utk jadi yang lebih baik lagi..Semua manusia sentiasa diberikan kesempatan utk menjdi lebih baik lagi kan..so teruskan..jgn pernah pndg belakang lagi..huhuh chaiyok..chaiyok..

*Berdasarkan apa yang aku telah jalani so..klu ada tips yang berguna..gunakanlah dgn sebaiknya..klu ada nmpk tak boleh caya jew..jgn lah buat keyh..huhuhuh 

-By farahzila-
lurv u alls..mucahhh♥♥

Thursday, March 21, 2013

♥♥ AinuL Mardhiah♥♥



Lirik by: UNIC 
♥♥ (Ainul Mardhiah)♥♥ 

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga
                     Bersemayam di mahligai bahgia 


Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih Ditulis oleh Anak Pendang Sekeluarga

sumber dari :http://www.bcgoldamanah.com/perkhidmatan/bank-artikel/169-kisah-sejarah-ainul-mardhiah-bidadari-syurga-.html

♥♥ -farahzila-♥♥ 

♥♥Ainul Mardhiah.( Bidadari syurga)♥♥

♥♥ Kisah Sejarah Ainul Mardhiah...
( Bidadari syurga)♥♥ 






Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadar-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah S.W.T merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah S.W.T dan ini merupakan sunnah besar nabi S.W.T dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.


Rasulullah S.W.T bersabda: “Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.” (Hadith sahih riwayat Tirmizi)


Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah S.W.T.)



"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan."
QS. ar-Rahman (55) : 58



"Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik."
QS. ar-Rahman (55) : 70



"(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah."


QS. ar-Rahman (55) : 72

"Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin."

QS. ar-Rahman (55) : 74

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi S.W.T, kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.

Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi S.W.T bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidak (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada
seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi S.W.T,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi S.W.T.


Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi S.W.T di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi S.W.T dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi S.W.T, Nabi S.W.T menjawab: "Benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut". Akhirnya nabi S.W.T berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.


♥♥ -farahzila-♥♥ 


Wednesday, March 20, 2013

♥♥Pemahaman Tntg Cinta♥♥


♥♥Apa Itu C.I.N.T.A ♥♥



Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta

Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.


Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.


Cinta Bersedia

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.


Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.


Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.


Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk

dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut

dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat

cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.


Cinta Itu Mempesona

Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan

bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?

Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?


Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Sumber: Azdriana

♥♥Pelangi Senja♥♥

Pelangi diwaktu senja.....


10/3/2013 - Ahad..

Masa otw g Plaza Angsana aku macm budak yang kuno tengok pelangi...huhhuhu pelangi tu timbul lepas hujan then tertiba panas..orng tua-tua kata ad putri nak mandi...huhuh tak tau lah aku betol ker tak...Herm cantik pelangi nieh mcm lagu stacy pelangi senja...huhuh kalaulah hidup aku boleh mcm pelangi warna warni mesti indah je kan..tak ada sedih dan kecewanya..





Kalau boleh aku tak nak bangun dari mimpi tentg pelangi nieh..kalau bangun msti teringt pakara yg suda...kita boleh lupa tapi ingtn sukar utk dibuang..setiap masa setiap detik ada jew kenangan tak kira brkaitan dgn mereka atau tidak..


1 more thing..aku tak tau mne silapnya..blog aku jadi cacat..hermm sediy kene edit balik lah jwbnya...gmbr smua hlng...ermmm mummy is over...tak pelah...buat jewlah dgn seribu satu kesabaran yg ada..hish..malas den nak buat sbnrnya...Tapi untk nmpk cun aku kne gak buat...apa kan daya...inilah nasib namanya..

-lurv alls-

Thursday, March 7, 2013

♥♥You by Nur Jannah Alia♥♥




...Nur Jannah Alia...

....you :)...♥


you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here

i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do

cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you
for all the things i've done and said
for all the hurt that i've caused you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do

Sebenarnya Lagu dekat atas nieh mepunyai maksudnya tersendiri dan selalu membuatkan aku berulang kali mendengarnya..huhuh aku pun tak tau napew...hermmm trylah carik lagu nieh nko orang mesti suka kerna dia memberikan kita semangat dan membawakan kebahagian pada aku lah..walapupun sedih dan kecewa tapi berusaha untuk tegar dalam apa jua keadaanya..hihi 
Lurv u alls...

-fara-